Monday, June 30, 2014

CINTA !

Assalamulaikum semua...

Hari nie dah masuk hari kedua kita berpuasa kan semua... Semoga tahun nie korang semua puasa penuh okay tapi bagi WANITA PEREMPUAN tak digalakkan full sebab ada sebab-sebab tertentu kan... Betul tak kaum hawa !!.. Haa bagi kaum ADAM jangan nak ponteng2 tau..

Okay, topik hari nie pasal CINTA !
tapi bukan cinta yang penah Cek SA update sebelum nie okay tapi cinta mengenai CINTA terhadap PENCIPTA dengan CINTA sesama MANUSIA singkatan dia CINTA ALLAH vs CINTA MANUSIA

CINTA itu cahaya sanubari.. Kurniaan Tuhan fitrah insani dan dimana terciptanya cinta disitu rindu bermula... pertikan laguy dari kumpulan In-Team- Kerna Cinta..


Cuba baca dan paham kan okay :D

'" Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji ( pula ) sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik ( pula ) " An-Nur 24:26

CINTA KEPADA ALLAH adalah sebuah cinta yang hakiki.. Mari la baca buku Rabiatul Adawiyah oleh zahiruddin Zabidi menceritakan betapa Rabiatul Adawiyah mengagungkan cintanya kepada Allah sehinggakan muncul seorang yang soleh untuk melamar tetapi beliau menolaknya kerana beliau yakin tiada cinta yang dapat menggantikan cinta Sang Pencipta...

CINTA KEPADA MANUSIA adalah kalau kita menginginkan cinta manusia tapi cinta terhadap ALLAh kita pinggirkan sesungguhnya kita akan jadi insan yang RUGI tau... Mungkin kita gembira memperoleh cinta manusia berdasarkan nafsu semata-mata tapi tidakkah kita terfikir akan perasan DIA yang menciptakan kita.. Sebelum kita dilahirkan kita sudah BERJANJI kepada DIA untuk menjadi seorang hamba yang taat dan patuh.. Tapi kita ada terpikir ke adakah kita sanggup menggadaikan janji Sang Pencipta uantuk seseorang yang dapat membawa kita ke Syurga Allah kelak..

INGAT !! apabila kita mencintai Allah hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya.. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh jarak , ruang , masa , harta dan juga kematian...

Cinta Manusia..
Cinta kepada Bunga..
Cinta akan Layu...
Cinta kepada Manusia..
Manusia itu akan pergi...
Cinta kepada Allah
Cinta itu akan sejati dan suci...

Sekian , sampai sini dulu la cerita yang Cek SA nak kongsi.. semoga diberkati.. dan sebelum nak tamatkan kisah cerita nie.. Di bulan ramadhan nie mari la kita mengejar dan mengumpul seberapa banyak pahala dan amalan baik pada bulan yang mulia nie...
Assalamualiakum... 

IKHLAS DARI ;
CEK SA

Tuesday, June 24, 2014

Cuit-Cuit Story

Assalamulaikum.. hai semua.. sihat ? Cek SA harap semua sihat2 semua...
rasanya dah lama tak update apa2 pun dekat blog nie kan.. dah berhabuk dah rasanya..
( ambik bulu ayam sapu semua habuk yang melekat.. hahahaha )

Tak tahu sebenarnya nak update apa.. tapi tak pela Cek SA cuba update apa yang patut...

1. Kawan sejak tadika , sekolah rendah , sekolah menengah dan kolej 
    Alhamdulilah akhir bulan mei-awal bulan jun SAH digelar isteri orang dah... walaupun tak berapa rapat tapi tetap happy sebab salah seorang kawan dah mendirikan rumah tangga.. tinggal lagi 3 orang lagi.. Tak sabar nak tunggu die orang lak naik pelamin... Apa ? Cek SA bile ? hahaha soalan yang menarik... Jawapan die sangat2 la mudah.. Insya Allah kalau ada jodoh naik la.. kalau tak ada kita tunggu je la sampai die datang :P hihi...


Gambar Masa Dia tunang :)


Haaa ini dia masa die berSANDING..
Cantik kan dia.. :)

2. Kesibukan Yang Melanda Diri Sendiri
    Alhamdulilah pejam celik pejam celik dah nak dekat SETAHUN bekerja dibidang JUNIOR GRAPHIC DESIGN walaupun bukan dari satu syarikat tau company... First company MK MAGNET SDN BHD
Second company INFINITY GAME STUDIO.. Alhamdulilah syukur sangat2 walaupun banyak gak la ujian, dugaan, dilema yang dah lalui... Ingat lagi masa belajar ingat kan alam pekerjaan lagi mudah berbanding alam belajar... Bagi Cek SA dua2 susah dan senang sebab apa kalau kita dah set kan dalam otak sesuatu benda tu pada peringat awalnya susah sampai bila2 akan menjadi susah TAPI kalau kita kerja atau study IKHLAS kerana ALLAh Insya Allah akan diberkati sampai bila2...

  Dalam kesibukan yang melanda diri Alhamdulilah dapat jugak mencari kerja lain untuk masa depan... Selain itu, dapat merapatkan ikatan PERSAHABATAN antara Cek SA dengan kawan2... Dieorang die nak panggil Kawan bukan Kawan, nak panggil Kawan Baik bukan Kawan Baik TAPI gelaran yang sangat2 sesuai adalah SAHABAT... sebab apa Cek SA cakap cam nie sebab banyak2 kawan yang Cek SA Penah anggap SAHABAT tikam belakang... so dari situ Cek SA tahu mana PERMATA mane KACA...

  Dalam hidup ada naik turun seseorang tu... bukan nak cakp Cek SA ini baik.. Cek SA pun pernah mengumpat mengata orang lain TAPI setiap orang akan sedar perbuatan yang salah tu... Hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan diri , family , kawan , orang tersayang dan orang sekeliling...




SAHABAT untuk SELAMANYA
Susah untuk mengelar seseorang itu SAHABAT kita.. walaupun kita dah kenal die lama ataupun sekejap.. hanya DIRI kita sendiri tahu mana KACA dan mana PERMATA...

Okay la sampai disin la cerita Cek SA.. hahah dah macam burat surat rasmi lak.. hihi.. Hope korang enjoy okay...


IKHLAS DARI ;
cek SA







Thursday, October 10, 2013

Happy birthday

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to nurul
Happy birthday to youuuuu..


Selamat hari jadi..
Selamat hari lahir adik ku yg tersayang 
Tercomel ternakal termanja terlebih tertenaga..

Haha..
Dah besar adik akak sorng nie..
Makin besar makin comel kalah akak die...
Amboii nak lawan ke... 
Huhu..

Arghh tak kesah la..
Asal kan adik kau kena tahu satu bnda nie...
Akak sayang sngt2 kat kau...
Sayang sangat2 sangat2...

Walaupun dulu akak pernah benci kau disebabkan kau la akak tak dapat nak jadi anak tunggal...
Tapi dipikirkan balik best gak ada adik...
Sebab boleh buli kau..
Boleh salah kan kau padahal bukan salah kau...

Thanks adik sebab pernah hadir dlm kehidupan akak and ayah mak..
Ingat tau...
Akak ayah and mak sayang kau sangat2...

We love you
SITI NURUL HABIBAH BINTI ABDUL
10.10.13...


IKHLAS DARI;
Cik SA...

Wednesday, September 11, 2013

Cahaya Cinta

 Dia telah telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu

Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga

Saturday, September 7, 2013

Rainbow

Assalamulaikum semua..
Rajin pulak tirah update blog kan..

Hanya pada blog je tirah luahkan perasan tirah..
So nak berkongsi cerita dengan kengkawan blog tirah yang tirah sayang :D

Eh kenapa happy sangat nie ?

Alhamdulilah tirah dah makin lama makin sihat..
Makin lama makin bersemangat nak hidup..
Makin lama makin rajin..
Makin lama makin bangkit dalam dilema tirah sendiri..
Makin lama makin yakin bahawa kehidupan harus di teruskan tanpa BF/buah hati/kekasih/pakwe atau cowok..
Sebab apa sebab tirah dah ada kekasih yang abadi..
yang takkan pernah tinggalkan tirah walaupun susah atau senang...

Tirah happy dan seronok dapat bercinta dengan MAHA PENCIPTA...

Alhamdulilah dah 2 minggu masa berlalu..
semakin lama semakin pantas masa berlalu..
Sikit demi sikit tirah dapat lupakan si dia...

Tanpa khabar die menghilang cam tu..
Bahagia nak kate kan..
Tirah pun bahagia apa tanpa die..
Malah makin bahagia.. :D


Tirah nak kongsi sikit pasal gambar kat bawah nie...


Gemukkan tirah..




 Bersama kawan dah bertahun kawan erk lupa lak..
Die nie Amalina Afifah Bt Amran
umo die bawah tirah..
tapi die nie mmg satu kepala dgn tirah..
tak padan dgn umo die..
Die SAHABAT tirah...







Kembali kepada cite tadi... Alhamdulilah tirah dapat sambung belajar..
minggu depan dah start.. Nak tahu tirah dapat kat mana ?
Tirah akan sambung degree dekat PERLIS.. YEAY !...

Ramai ckp kat situ tak best laa , tak ada apa kat sana la..
tirah pi sana nak sambung belajar la wahai kawan2 ku.. 
bukan nak pi shopping or what !.. haha

Terima Kasih kepada ENCIK TUT <3 ..="" p="">
kerana sudi teman saya dan sanggupambik cuti demi nak teman saya..
TAPI pelik la die yg nk study ke tirah yang nak study ?
Cara die cam die lak nak pi sambung study.. hahaha
Urusan dibuat oleh ENCIK TUT..
tirah hanya duduk and sign je.. like cam artis yang tgh tunggu peminat nak minta sign..
Wah poyo je kau nie tirah ! :D

Tapi tirah tak thu la mampu lagi ke tak nak sembunyikan semua nie daripada family tirah...
Rahsia antara tirah dengan doktor...
Rahsia yang dah lama tirah dendam..
Rahsia yang tak pernah tirah berkongsi ngn family...

Penderitaan yang sekian lama tirah simpan..
penderitaan sakit alami..
Hummm.. patut ke tirah simpan dan pendam dalam hati..

Ya Allah...

Dengan senyum la tirah mampu menghadapi dugaan dan cabaran hidup tirah...
mencari sesuatu yang belum tirah kecapi lagi..
sesuatu yang tirah impikan selama nie...

CINTA ?
Mungkin tirah akan mencari lagi..
Mungkin biar takdir yang memnentukan dengan sapa tirah akan bercinta selepas nie..

Sepahit manapun sesuatu takdir atau ujianNya...
Kita tidak mampu menghalangNya..
Terjadi sekuat manapun tangisan..
Kita tidak mampu mengubah takdirNya..
Allah maha mengetahui segala-galanya..
Sudah pasti ada hikmah tersembunyi..
Bersabarlah ALLAH sentiasa bersama kita...

IKHLAS DARI ;
Cek SA