Friday, April 15, 2011

Adat Bercinta...

Hye semua.. kali nie atirah nak berkongsi tentang ADAT BERCINTA dalam kalangan kite semua..
Dalam dunia tak sah kalau kita tak bercinta.. ade yang kata cinta tu best.. bole bawa kite bahagia.. betul ke semua pernyataan macam tu kan ??

Ada sesetengah bercinta pada usia yang muda , ade yang bercinta di peringkat remaja , ada yang bercinta di peringkat ke alam kolej , pada usia yang tua atau pon tak nak bercinta.. jumpe je pasangan yang kite rasa sesuai untuk kita terus menjalinkan hubungan ngn series... :)

Tak sah kalau benda ni tak ade dalam pasangan orang bercinta ;

CEMBURU
cemburu itu tandanya sayang, jadi bukan satu yang luar biasalah apabila bercinta wujudnya perasaan cemburu.

BERSELISIH FAHAM
sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pasangan bercinta.adakalanya perselisihanlah cara untuk kamu dan si dia mengenali antara satu sama lain.

PERASAAN BOSAN
lama bercinta perasaan bosn itu pasti akan wujud dan kerana itulah perlunya variasi dalam perhubungan agar hubungan tidak tertumpu pada satu perkara sahaja.

HALANGAN & DUGAAN
dalam bercinta kalau tidak ada halangan bukanlah bercinta namanya.jadi jangan takut pada cabaran kerana itu adalah adat dalam bercinta

MASALAH MENCARI KESERASIAN
di besarkan daam dunia yang berbeza jadi sudah tentulah sukar mencari keserasian. jadi adatlah dalam bercinta apabila berhadapan dengan masalah apabila mencari keserasian.

KEHADIRAN ORANG KE TIGA
adatlah apabila orang bercinta, akan hadirnya orang ketiga.semua ini adalah dugaan dan kerana itulah perlunya kekuatan untuk melawan kehadiran org ketiga ini.

SETIAP SAAT PERLU DILAPORKAN
apabila bercinta setiap saat dirasakan sangat penting dan kerana itulah apabila berjauhan sekali pun kamu perlu melaporkan pada si dia apa yg kamu lakukan.

BERKONGSI
orang yang di lamun cinta akan berkongsi semuanya bukan sahaja waktu senang malah waktu susah juga, jadi jangan peliklah kalau perkongsian merupakan salah satu adat bercinta.




Berhati hati la ketika bercinta.. setiap manusia berlainan latar belakang , perangai dan sikap...
Terutama nyer pada pompuan laa.. kaum hawa harus la membuat pilihan yang terbaik untuk dirinye sendiri...

Selepas baca.. ingat kan dan renung renungkan lah yekk.. SELAMAT BERAMAL... :)




IKHLAS DARI ;
Cik atirah ;)

No comments:

Post a Comment