Friday, June 24, 2011

Jalan Cerita tentang Kartun ku !

SINOPSIS

PERMULAAN :
     
        Kisah ini menceritakan tentang mesin cetak milik seorang budak lelaki.Cerita ini bermula sejak pap kepada budak lelaki yang bernama Amir,papa Amir menghadiahkan sebuah mesin cetak baru kerana mesin cetak lama Amir telah rosak.AMIR berasa gembira kerana Amir mendapat mesin cetak baru daripada papanya.Selepas mengambil mesin cetak tersebut,Amir bergegas menuju ke pintu biliknya untuk menyimpan mesin cetaknya itu.


PERTENGAHAN :
       
        Setiba dibiliknya,tanpa menglegahkan masa,Amir terus menurunkan mesin cetak lamanya yang sudah rosak itu ke tempat yang lain.Amir pun terus membuka kotak mesin cetak yang baru itu untuk melihat warna,bentuk dan fungsi mesin cetak itu. Setelah menyemak segala fungsi mesin cetaknya itu,Amir pun meletakkan mesin cetaknya ke tempat yang sama dengan tempat mesin cetak lamanya itu.Setelah beberapa bulan Amir menggunakan mesin cetak tersebut,Amir berasa sesuatu yang pelik berlaku tetapi Amir tidak menghiraukannya kerana Amir merasakan tidak ade apa yang berlaku di biliknya.Selepas beberapa minit,Amir menutup computer serta mesin cetaknya itu kemudian Amir baring di atas katilnya.Semasa Amir ingin melelapkan matanya,Amir mendengar sesuatu yang ganjil sedang berlaku.Bunyi itu dating dari arah mesin cetaknya itu.Amir pun terus melihat kearah mesin cetaknya untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.Tanpa diduga Amir mendapati mesin cetaknya berfungsi sendiri.Amir terus menuju ke tempat mesin cetaknya dan menutup semula butang off pada mesin cetaknya itu.Selepas Amir menutup mesin cetaknya itu,Amir kembali ke katilnya semula.Sebelum sempat sampai ke katilnya,tiba-tiba Amir melihat mesin cetaknya bergerak sendiri dan pada masa yang sama mesin cetaknya itu mencetak sesuatu mesej yang menakutkan sambil bergerak menuju kearahnya.Tanpa membuang masa,Amir terus mengambil mesej yang dicetak oleh mesin cetaknya itu.Tiba-tiba riak wajah Amir berubah setelah menbaca isi yang tedapat pada kertas itu.Isi yang terdapat pada kertas itu ialah ‘Kini ku milikmu,Kau tuan ku’.Setelah Amir membaca mesej tersebut,Amir terus mencampakkan kertas itu ke lantai lalu Amir tercari-cari dimana mesin cetaknya itu berada.Tanpa disedari,mesin cetaknya telah berada ditempat asalnya semula.

TAMAT :
      
         Selepas kejadian itu berlaku,Amir duduk terkaku diatas katilnya sendiri sambil berfikir apa yang berlaku padanya tadi itu hanya mimpi atau nyata.Amir masih terfikir-fikir apakah maksud disebalik mesej yang dicetak oleh mesin cetaknya itu.Selepas kejadian itu sampai sekarang,Amir tidak mendapat jawapan yang pasti mengenai mesej yang diperolehnya . Mesej itu telah menjadi tanda Tanya oleh diri Amir sendir …..

Bersambung…

Best tak jalan cite nie ??
Kalau tak best tolong comen ..
Tau ade cadangan lain ke ???
:D

IKHLAS DARI :
Bubu' atirah

No comments:

Post a Comment