Wednesday, September 4, 2013

Tak perlu...

Ya Allah..
Perlu ke aku menangis dengan semua nie..
Perlu ke aku meraung dengan semua nie..
Perlu ke aku mencari jalan pintas untuk semua nie..
Perlu ke aku bersikap tidak waras dengan semua nie..

Ya Allah..
Adakah patut aku ganggu hubungan mereka..
Adakah patut aku berbuat jahat dengan mereka..
Adakah patut aku bersangka buruk terhadap mereka...

TIDAK!!!!!!!

Aku takkan buat benda yang bodoh semata-mata putus cinta !
Sama sekali tidak akan..

Aku yakin dengan apa yang terjadi mesti ada hikmah di sebalik nie semua..
Aku yakin Allah maha tahu malah maha pendengar..
Aku yakin Allah ada masa aku perlukan pertolongan..
Aku yakin Allah sudah siapkan seseorang yang lebih baik berbanding dia..
Aku yakin semua nie takkan lama..

Meraung, menangis, menjerit, menyesal..
Hanya mampu aku luahkan dalam diri...

Tak Ada guna aku buat semua tu sedang kan 
die mampu lupa kan aku..

Bak kate die :
" Jujur, saya boleh je lupakan awak ! "

Perkataan tu sampai bila2 aku akan ingat..
Perkataan tu buat aku makin nekad untuk lupe kan die...
Perkataan tu baru aku sedar kejujuran dan keikhlasan die selama nie hanya berpura-pura..
DAN
Perkataan tu lah baru aku sedar selama nie aku silap mencintai seseorang...

Sakit ! Sentap ! Terasa !
Yes!!! semua perasan tu pernah aku rasakan..
Tapi tu dulu..
Sekarang tak ada dah..
Menjalani kehidupan seperti biasa... 

Alhamdulilah...
Dia sudah pun jumpa dengan si dia..
Aku tgk serasi sangat..
Semoga kekal sampai ble2...

Allah menitiskan kelebihan di setiap kekurangan..
Menitiskan kekuatan di setiap kelemahan..
Menitiskan sukacita di setiap dukacita
Menitiskan harapan di setiap keraguan...
Allah berjanji semua itu akan indah pada waktunya...
 
Sesuatu yang diimpikan tidak selalu
menjadi kenyataan,
Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba..
Biarlah kita menangis hari ini kerana
kesakitan semalam,
Tetapi usah kita ketawa berpanjangan
kerana kegembiraan yang belum pasti
untuk selama-lamanya...

IKHLAS DARI ;
Cik SA

No comments:

Post a Comment