Thursday, August 29, 2013

Tenang setelah mendapat jawapan...


Mungkin yang pergi tu cinta..
Tapi yang datang tu jodoh..
Mungkin hari nie kita kehilangan orang yang kita sayang..
Tapi nanti akan datang seseorang yang menyayangi kita...
JANJI ALLAH ITU PASTI...

Saya takut nak berjanji untuk bahagiakan awak
tanpa ikatan yang sah..
Saya takut saya akan kecewakan awak..
Jadi biarkanlah takdir Allah yang menentukan segalanya
Tentang kita...

Jangan terlalu banyak sedih kerana
Kadang kala sedih tu berasal dari rasa 
tidak dan kurang redha dengan ketentuan Allah...
Sentiasa ingatlah ujian itu tanda sayang Allah kepada kita...

Tak semestinya JODOH kita dengan 
orang yang lama kita kawan atau kita couple..
Mungkin JODOH kita dengan
orang yang baru kita kenal ...

Ya Allah
Jika dia yang terbaik buatku..
dekatkanlah, permudahkanlah hubungan kami,
redhailah hubungan kami..
TAPI jika dia bukan terbaik...
berikanlah petanda, jauhkanlah kami..
pisahkan kami, tutupkan pintu hatiku untuk dia...
DAN
permudahkanlah aku untuk MELUPAKAN dia...

Kalau awak sedih carilah kita
kita akan selalu ada untuk awak
dan kalau awak dah bahagia dengan dia
kita janji kita akan pergi dari awak...

Kadang-kadang ALLAH 
pisahkan kita dengan pasangan kita
untuk memberikan kita JODOH yang lebih baik
DARI SEBELUM INI..

Seandainya kita dicipta untuk menjadi satu..
pasti suatu ketika kita akan bertemu...
Seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu..
walaupun dekat selalu, kau takkan jadi kepunyaanku..

Jangan bercinta jika tak setia..
Jangan ucapkan sayang jika terpaksa..
Jangan merindui jika hati dah benci...
Jangan dipendam jika dah jemu..
dan jangan dirahsiakan jika dah BERPUNYA..

Tak perlu terlalu BERSEDIH..
jika putus hubungan..
TETAPI..
ucapkanlah ALHAMDULILAH..
sebab dijauhkan dari orang
yang TIDAK PANDAI MENGHARGAI...

Sekiranya tiada cinta insani untukku..
cukuplah cinta ALLAH S.W.T..
 Sebagai penyuluh hidup dan hatiku..
Moga kelak akan ada CINTA untukku
daripada insan yang MENCINTAI ALLAH..
sebagaimana cintaku terhadapNya..

Ya Allah..
Ajarkan aku erti REDHA...
tentang segala apa..
yang telah ditetapkan olehMU...

Kita tak boleh nak paksa seseorang tu suka kita...
walaupun kita suka dia...
TAK MENGAPA..
berdoalah pada ALLAH..
agar DIA SENTIASA BAHAGIA..

Saya membiarkan awak pergi,
hanya kerana saya mahukan yang terbaik untuk awak..
TETAPI
ada sesuatu dari saya yang akan setiasa bersama awak iaitu
DOA SAYA..

Saya lepaskan awak sebab 
SAYA CINTAKAN AWAK..
saya tahu awak akan bahagia dengan dia..
SAYA NAK SANGAT TENGOK AWAK BAHAGIA...

Kalau kita mencari cinta pada manusia,
Belum tentu kita akan temui cinta sejati..
Kalau kita mencari cinta pada Ilahi..
DIA pasti akan menerima cinta kita...
Dan itulah Cinta sebenar yang hakiki..


Kalau sedang marah jangan memutuskan sesuatu hubungan
Kalau sedang gembira
Janganlah pula MENJANJIKAN sesuatu sebab 
Kita tidak tahu kita sedang bertiup ke mana saat itu..

CINTA SEJATI
adalah ketika die mencintai orang lain..
DAN
Kita masih mampu tersenyum sambil berkata
AKU TURUT BAHAGIA UNTUKMU!!!!!

IKHLAS DARI;
Cek SA




No comments:

Post a Comment